Kumpulan Puisi Sinar Sirna

Buku ini merupakan sebuah kumpulan puisi saya yang terhasil sejak tahun 1988 sehingga tahun 2005. Sejumlah 165 buah puisi, kompilasi puisi-puisi pelbagai tema, rentak dan makna, berhubung alam, dunia diri, atmofera batin; berkaitan keagamaan, sosial dan politik. Tidak mudah melalui denai waktu yang panjang walaupun terasa singkat namun menyelesaikan sebahagian tugas seorang penyair telah membina jambatan yang tirus menghubungkan pelbagai dimensi dunia, zahir dan batin. Ada kalanya gugur kecundang, namun bingkas, bangun semula untuk meneruskan perjalanan, berjuang menanggapi kehidupan yang penuh rahsia. Tabir takdir bukanlah suatu tugas tetapi apabila berusaha mendekatinya bererti jalan yang panjang itu semakin mengakrabi kebenaran yang dicari tanpa henti. Semakin jauh melangkah dan melangkah, perjalanan semakin tidak perpenghujung, tanpa noktah.

Comments

Popular posts from this blog

Bunyi Bulan

Sajak Orang-orang Gendut