Sebuah Pernyatan Bangga Seorang Pemimpin

(kepada YAB Perdana Menteri)

Impian seorang pemimpin
disemarakkan makna usaha jitu
tak kenal erti lelah dan putus asa
membangun api minda melipat ganda cara
bekerja sasa menterjemah perjuangan
yang tersisa

Kami banggai dan menyanjungi
arif seorang pemimpin
dalam riak wajah yang tak pernah kenal puas
pandangan jauh tak berbatas
dihadangnya berani
digenggamnya yakin diri dan serba boleh
ditanamnya kepercayaan
bahawa bangsanya boleh berdiri sama tinggi

Anda bangkitkan bangsa ke pentas dunia
pemimpin kami yang memilih maruah
dan martabat tentunya
dunia yang mendengki menyerang dalam segala cara
halus dan keras
menerusi media dan para pementing diri
memperguna dan diperguna
sedangkan ada pemimpin yang cergas waras
mencatur daya juang dan fikir
memandang wawasannya menjadi
tidak dibauri para petualang politik dan ekonomi

Kami sentiasa mendengar ungkapmu
pemimpin kami yang berjiwa bangsa
ketika kita digeruni serangan ekonomi
dan ancaman sang spekulator
juga pemfitnah, pemusnah harmoni negeri kami
anda masih cergas, bertegas dan berwibawa jelas
melaksana kewibawaan itu dengan jati diri
tak gerun berhadapan kuasa-kuasa megah
anda adalah pahlawan
adalah gergasi kecil yang berjiwa lawan

Bangga seorang pemimpin
adalah kebangaan bangsa dan kami warganya
menghayati pelbagai gemilang dicapai
mengukir nama dan kecemerlangan
membuka mata jua keinsafan
memandang gagahnya para wira menakluk puncak Everest
jati diri belia nusa menjelajahi salji kutub Utara
dan pelayaran panjang mengelilingi dunia
dengan jiwa Melayu dengan perkasa mengharung samudera
adalah anak-anak bangsanya sendiri
anak-anak Malaysia yang serba boleh

Hari demi hari seorang pemimpin berhadapa cabaran
demi realisasi wawasannya
hari demi hari jelas sungguh kejayaannya
minda dihadiahi amanah dan cendikia
MSC membentangkan tekonologi canggih
teknologi sedia masa depan
sebuah Putrajaya sempurna menyediakan mercu tanda
negeri ini sudah mampu maju seiring
lebih ke hadapan
bukan lagi igauan yang harus kedengaran

Supaya tercapailah impian pemimpin ini
anda bangukan ekonomi
didukung para pemimpin bersama-sama
disokong rakyat jelata
betapa tanpa pemimpin yang bijaksana
negara lebih mudah diadu domba
dicampak dan dibelenggu kelibat penjajah

Berada pada alaf baru
bersama semangat yang lebih jitu
kita renung kehadirannya
dari keadaan kita, pencapaian kita di masa lalu
dan arah tuju di masa depan
pemimpin kami ini lebih ditenagai kearifan
pengalaman yang tak mudah dibelakangkan
belajar dari kesilapan menghalang kemajuan
mengamalkan yang baik untuk negara dan bangsa
tercinta kami.


Rumah Persekutuan
Kota Kinabalu
23 Januari 2000

Comments

Popular posts from this blog

Bunyi Bulan

Kumpulan Puisi Sinar Sirna

Sajak Orang-orang Gendut