Berlabuh di Alur Tedu

(Allahyarham Seri Nanti)

Teranyam rasa persaudaraan
akrab tanpa batas memiliki kemahuan
menyimpan serpih kaca-kaca kehidupan
dicantum jadi cermin perjalanan
ke wajah silam
dan ilham menuju taman
melabuhkan bahtera hayat
di pelabuhan tenang
menghadapi kebesaran Yang Maha Besar
menemui kagungan Yang Maha Agung
mengakrab kasih Yang Maha Pengasih.

(ii)
Tentang kerinduan, tabah dan kasih sayang
anda rakamkan kemeriahan cipta seniman
coretan kamanusiaan
ada sapa riang menghiasi peribadi
sempurna menjaring mesra
tiada langkahmu songsang
tiada bicara menyingkap garang
selamba dan tenang
dikasihi kerana ketulusan
daya juang dan jatidiri
menegakkan kebenaran
menunjangkan pasak kewajiban
ini kerana ummah
ini kerana akidah yang gagah!

(iii)
Laung sunyi jelas pada riak ceria
menggamit ehsan memaknakan jiwa
hangat cita-cita
galak pencetus bara anak-anak nusa
bara seniman
bara mubaligh muslim bertahta
menatang padu akidah
iman adalah impian
bahagia adalah harapan
relamu kembar
bermuzakarah memecah sengketa
mengharung pancaroba dunia
dewasakan saujana yang dilihat bersama
113walaupun jauh di dunia sana.
(iv)
Pelabuhanmu di alur teduh
Ngian, ini cetus kasihku dalam halkum
yang diam
bila anda pamit dan terbujur sendirian
tatkala di pentas kebiasaan kita
telah tiada

Kecuali stanza-stanza puisimu yang mencerna
bahasa di cermin kalimah
inilah, kuperjelaskan dalam doa
mengembangkan cahaya-Nya
di alam barzakh
al-fatihah...

Papar-Kota Kinabalu
1992

Comments

Popular posts from this blog

Bunyi Bulan

Kumpulan Puisi Sinar Sirna

Sajak Orang-orang Gendut