Menjelang Hijrah

Peristiwa hijrah Nabi s.a.w
diperistiwakan peristiwa itu setiap tahun
diperistiwakan dalam pelbagai peristiwa
mencerna menjadi fikrah
zahir dan bersembunyi

Insan hijrah dinobatkan
menjadi cermin keperibadian
namun masih juga Nabi s.a.w. cermin yang kekal
memperibadikan umatnya
keikhlasan hijrahnya

Memandang hijrah dari dalam diri juga perlu diubah
jika dipandang di hadapan gimik kehidupan
perbetulkan hijrah ini hanya keikhlasan
sebelum membaca doa pembuka segala perjalanan

Comments

Popular posts from this blog

Bunyi Bulan

Kumpulan Puisi Sinar Sirna

Sajak Orang-orang Gendut