Sarat Gelora

Biar terkunci dalam sunyi
di makam bungkam. Tak perlu keliru
memandang senyap yang lenyap
antara riuh kibasan sayap terbang ke langit gelap.
Biar tersimpan dalam rawan
di lahad jasad. Tak ada hujah
menyatu dalam sekam yang suram
antara tiada yang bakal tiba.
Biar terungkai dalam badai
di sukma rahsia. Tak usah resah
merawat riwayat yang sarat gelora
diulit sulit lara dan kata-kata tanpa suara

Reader Comments



Kemala berkata:

Keahliannya ialah dalam epik dan sejarah, namun suaranya juga mulai mendekam pada yang Islami. Sejak kapan dia berubah? Agaknya selepas dia faham makna cinta sejati. Api cintalah yang bernyala di mata Umar al-Farid dan Iqbal, tapi cinta dan cinta saja tak bererti andainya tidak dicantas duri dan ranja yang menutup kebenaran. Apakah bezanya temaram bulan di langit dan bayangan bulan di danau? Saya pernah megnasuhnya dulu, mungkin kini dia sudah melalui denainya bersendirian...

[Tanggapan Sekilas - Zikir-Groups 2003]!

Blogger Templates by Blog Forum

Daftar Puisi