Sajak Seadanya Buat Bangsa

Kumahu
wang berhenti dibeli
menilai kuasa dan mudah lupa

Kumahu
kuasa itu semula mulia
memayungi sesat jelata

Mungkin hanya cita-cita
impianku dipimpin bijaksana
nihil huluran haloba

Kerana perkasa bukan berkuasa
kerana haloba tak mungkin bijaksana
kerana sesat di rimba noda

Jangan mudah alah
wang tak akan dibeli lagi
semasa hayat mati

Comments

Popular posts from this blog

Bunyi Bulan

Kumpulan Puisi Sinar Sirna

Sajak Orang-orang Gendut