Antara Kroni

Dari parlimen
bicara ini tak bernoktah
sampai di dalam rumah
bagai racun yang perlukan vaksin
tapi kroni bukan penyakit
kerana semuanya berpunca
dari akal yang nakal

Di mana-mana bicara
kroni hidup dan dihidangkan
antara rakan
dan sahabat terdekat
mendodoi lagu agar tidur
tak bermimpi jelaga
duduk atas kerusi
tanpa memikirkan apa
kerana segala sudah sedia
bicara atas bicara
antara kroni penjelas cara
walau pun terluka

Andatila akal jika tak nakal
kebahagiaan lebih bererti
tak kenal mengenal
jangan harap mampu dipuji
dihina keji
tetapi sebenar diampu
dilampaui

Comments

Popular posts from this blog

Bunyi Bulan

Kumpulan Puisi Sinar Sirna

Sajak Orang-orang Gendut