Iman
Hanya tasdik menguak pintu itu
buat sukma yang masih keliru,
menuai hak, membersih batil
dalam semak di bawah Pohon itu
hijau daun-daun sejak dahulu membiru;
bermula daripada benih benar
menilai sukma selepas iltizam berdiri
perkemas khabar-khabar mulia
mengisi lafaz dan laku menawan seluruh
kabur Pohon itu
kini subur
buat sukma yang masih keliru,
menuai hak, membersih batil
dalam semak di bawah Pohon itu
hijau daun-daun sejak dahulu membiru;
bermula daripada benih benar
menilai sukma selepas iltizam berdiri
perkemas khabar-khabar mulia
mengisi lafaz dan laku menawan seluruh
kabur Pohon itu
kini subur
Comments