Memerdekakan Empayar Peribadi
Aku tahu bagaimana akhirnya kau tahu
aku tahu juga bagaimana akhirnya kau tahu
tapi masih tak mengerti bagaimana tahumu
menjadikan kau seorang diktator kepada peribadi
bermimpi
Sesiapapun punya mimpi
aku tahu bagaimana mimpi-mimpimu itu
aku tahu juga bagaimana mimpi-mimpinmu itu
hanya mainan kala senja memberikanmu hanya
debu
Apakah ada kemerdekaan untuk penjajahan itu?
ketika kau bertanya dalam bahasa bayang-bayangmu
tapi aku tahu kau tak akan bertanya begitu
ketika kau tahu di hadapanmu hanyalah hayalan
melulu
Jangan serahkan apapun tanda dari empayar peribadi
yang telah terjajah lama oleh segala helah rasa
yang kau tahu kau tak mahu memperaku kebatilan dalam
rahsia kebenaran bermuslihatmu
itu!

Comments