Melayu Mudah Dilupa
Melayu itu antik
jadi pameran di negeri cantik
yang antik itu jadi pameran semata
lalu disebut Melayu mudah dilupa
Melayu tak pandai bernafas
tak ada saluran pernafasan manusia Melayunya
manusia Melayunyalah yang lupa
bukan Melayu!
Antik Melayu disebut cantik
tapi mudah dilupa
kerana manusia Melayunya pelupa
iaitu yang selalu menyebut lupa
melayukan Melayu di bumi Melayu
Melayu tak pernah lupa
layu Melayu lupa Melayu
gigit Melayu layu Melayu
telan layu Melayu malu
kelu Melayu melayu palu
Gendang tak disambut bunyi
gema sumbang di rumah sendiri!
jadi pameran di negeri cantik
yang antik itu jadi pameran semata
lalu disebut Melayu mudah dilupa
Melayu tak pandai bernafas
tak ada saluran pernafasan manusia Melayunya
manusia Melayunyalah yang lupa
bukan Melayu!
Antik Melayu disebut cantik
tapi mudah dilupa
kerana manusia Melayunya pelupa
iaitu yang selalu menyebut lupa
melayukan Melayu di bumi Melayu
Melayu tak pernah lupa
layu Melayu lupa Melayu
gigit Melayu layu Melayu
telan layu Melayu malu
kelu Melayu melayu palu
Gendang tak disambut bunyi
gema sumbang di rumah sendiri!
Comments