Ketika Ingin Berkata
Apakah yang akan kedengaran
sehabis melepas puas
hafalan maksud setiap aksara yang bertaut?
ya, kau tak akan mendengar apa-apa
tetapi suatu keheningan mengetuk dinding fikir
selepas itu, mulai mual membenarkan makna bahasa risau dalam lapisan tanggap dan sangka
Pandanglah wajah dari ribuan pengalaman yang membentuk peribadi
mendekam sesalan yang tak pernah dihiraukan
memandang tenang segala aksara berlalu
dan mungkin kembali membentuk makna
yang sama pada ketika tidak pernah berubah
Aksara ini wewangnya dibentuk dan dilafazkan: m a a f
dan kau mula berjalan ke arah yang tidak berbeza
ketika ingin berkata.

Comments