Getar Penyair

“ Tidakkah engkau melihat bahawa mereka ( para penyair)
merayau-rayau tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah
(khayal dan angan kosong)? Dan bahawa mereka memperkatakan
apa yang mereka tidak lakukan.”
(Asy Syu'araa: 225-226)

Gemuruh luruh lesu di sisi diksi puisi-puisi
saru menggocah rentak jejak penyair di bibir
mensaksikan sempadan kemanusiaan menyisir sangsi
ini silau cermin batini di sela-sela akar kelikir

Ketika menunggu reda resah batini
di hujung silau kasmaranmu
para penyair taksub menjelmakan diksi samar
menyeberangkan kepalsuan diri
ke dalam irama lirik
bahasa lenggang songsang
menanggalkan kebesaran sebati
berdiksi aroma Illahi
bermuzika metafizika al-farabi
bergetar menggelincir ke gaung sesat naluri
ya Rabbi!
Penyair, kelibat mamangmu sungguh-sungguh
tiada rela undur meniupi takabbur!

Relung kembaramu di semai benih
yang pasti tak hitam tapi harum dan putih
berisi kasih bererti
jelas memantul nawaitu khalifah
mengkhabar getar mekar kebun mawar.

Comments

Popular posts from this blog

Bunyi Bulan

Kumpulan Puisi Sinar Sirna

Sajak Orang-orang Gendut