Sukma Hukama

Mahu kutuju liku leka yang bersatu dalam eram
malam menyelam dasar kesasarmu. mahu kukembali
pada noktah yang tak mungkin nama berbersit sinar
yang nanar bersekutu di kamar mawar yang arif
menjangkau makna aroma irama qasidah suara
yang habis dihakis sinis diksi yang disulam hitam
dendam. mahu kumulai episod nuzul diserambi dini hari
mengungkap tidak sekadar rahsia alam yang memisteri
jelaga kelam atau jernih di mata bercermin peri peribadi.
mahu kutusuk belati melati di danau rindu dirapi sepi
meneroka tenang kolam yang telah ranum dipanah
cahaya agung tanpa leka sempat menghentikan kapal-kapal
kertasmu berlabuh di muara sukma hukama

Kau dengarkah siulan burung-burung bermahkota
memberi cerminnya di alam mangkuk kalbumu?

Comments

Popular posts from this blog

Bunyi Bulan

Kumpulan Puisi Sinar Sirna

Sajak Orang-orang Gendut