Memberikan Pandangan
Sering kau memandang warna yang wajar tapi belum juga cahaya yang benar bukan juga noktah dari pelbagai hujah menguji citra yang tampak halanya ke mana. Pandangan yang terbias dari kebiasaan tak mungkin sulit kerana keterbukaan meski akur bertafakur kerana kehilangan tanda perjuangan. Apakah pandangan selesai ketika selesa menikmati jeritan sukma? Atau kau telah menemukan suatu wajah yang bukan lagi bayangan kejujuran.
Comments