Dinding

Segalanya rahsia. Dipisahkan oleh dinding yang saling merakam pandangan, bagai cermin yang menelan. Di perut kaca itu ada silau cahaya di celah dinding memperlihatkan mimpi. Ada pintu yang tak terkunci tapi tak siapa sedia menyentuhnya meskipun aku. Sapaan yang terkurung antara dinding hanya diam yang tak henti bernazam. Kerana segalanya tetap rahsia

Comments

Popular posts from this blog

Bunyi Bulan

Kumpulan Puisi Sinar Sirna

Sajak Orang-orang Gendut