Sunyi Kebodohan Itu

Jangan ulangi kesilapan
tiba-tiba merasai getar
aku mendengar
sunyi memberi
warna bodohnya
harus hilang nanar
bila dibilang kesasar
ilmu yang tertuang di medan
kosong kontang
menjelajahkan jemu
menggambarkan haru biru
fikir
Mungkin pulang dulu
duduk bertasawwur
menelaahi bilah hari
bahasa dan abjad
membina mauduk untuk diukir
zahir dan fikir
apakah
masih berpaling telagah
kerana saling dijeling luka
Sunyi warna kebodohan
harus diriuhi kebenaran
yang bukan malang berpanjangan!

Comments

Popular posts from this blog

Bunyi Bulan

Kumpulan Puisi Sinar Sirna

Sajak Orang-orang Gendut