Bahtera

Bahtera ini akan membawamu ke saujana samudera
inilah pesan insan kata-kata yang kau simpan
ketika akan hampir di puncak destinasi sejarah
menempiaskan segala kejahilan lawan.

Hitam putih kehidupan bagaimana memamahnya
sanggup menyatakan per se wajar
sambil kau memuarakan sukma
mengembalikan kegemilangan empayar.

Waktu merasa benar mungkinkah tidak kesasar
lupakan masa lalu luapan ingatan yang membeku
berjalan atas landas waras berpandu dasar
atau cita-cita di mercu yang tertinggal dulu.

Bahtera ini, katamu, beralas pesan bapa dan ibu
mereka itu masa lampau kini pewaris
mengambil alih meneraju hala dan tuju
lebih sasa bingkas berlapikkan hipotesis moralis.

Sebuah masa depan atau sebuah impian
awasi akal dan fikiran biar wajar dan berpedoman
dari juak para domba dan serigala kehilangan
kerana bahtera ini akan berlayar jauh ke hadapan

Comments

Popular posts from this blog

Bunyi Bulan

Kumpulan Puisi Sinar Sirna

Sajak Orang-orang Gendut