Menghidu Pencuri
Kau tak pasti menghidu hari malang
masuk ke dalam rumah, membersihkan apa saja –
kaca mata, kasur, selipar dan kereta
menjaga rumah menjadikan kau ramah
kepada setiap tingkap dan pintu
tapi kau tak dapat menghidu datang tetamu
Keesokan harinya bau mulai kau jamah
melekat pada mata dan bangkai sesal hanya tahu
menyalahi pencuri
bagaimana menyerkup pencuri? Adalah tetamu
yang tak pernah melengkapkan adab adat bangsa
tak juga mahu melengkapkan cintanya kepada dirinya

Comments