Menjadikanku

Seluruh jagatraya cakerawala tak tahu
zuriat itu mengatasi geraklikunya
di dalam, selepas tiupan roh dikurnia Tuhan
bersama segalanya
yang telah diusai dan dibentuk;
sesiapapun tak tahu mentafsir Bentuk
melainkan zuriat itu menandaskan kasih
yang terlurut dari kelu kasih ayah
membendung pasrah, harkatkan doa-doanya
dan sekandung rahim ibu
dalam keluhnikmah seperti semua wanita
tabah mengharungi gerakliku nafasnya
geraklisan doa-doa
gerakhati tawakkal
mencerminkan hayat untukku

Comments

Popular posts from this blog

Bunyi Bulan

Sajak Orang-orang Gendut

Kumpulan Puisi Sinar Sirna